Monday, May 3, 2021

Hi May 2021

Hi semua

Harini 4 May 2021.
Cepat betul masa berlalu.
Pejam celik pejam celik.. 
Btw, sekarang kes covid 19 di Malaysia masih tinggi.
Even di Kelantan kes harian masih 400+

Semoga cepat la covid 19 musnah.

People are struggle to survive physically, mentally n also financially.

Alhamdulillah during this pandemics, still manage to receive monthly salary.

Kadang bila pandang sekitar, hati rasa sebak dan sedih.

Tengok saudara peniaga kita struggle untuk maintain monthly payment.

Ada sebuah restauran di kawasan aku kerja. Pemilik nya seorang perempuan pertengahan 20an.
Bermula perniagaan di awal tahun 2020. Baru sempat bernafas pada bulan 2, covid19 melanda. Semua syarikat tidak dibenarkan beroperasi. Kedai-kedai makan kebanyakannnya tutup. Masakan tidak, tiada pelanggan.

Pertengahan bulan 5 2020, kerajaan umumkan PKPB. Perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Banyak kedai yang dah mula dibuka tapi dengan mematuhi SOP.

Tapi struggle is real. Even dah dibenarkan beroperasi, kedai ni masih struggle untuk dikenali. Dia hanyalah seorang pemula di dalam industri F&B. Namanya juga sepi tiada yang mengenali.

Dengan anggaran sewa kedai sebanyak RM1, 800 sebulan, kos bahan mentah, utilities,, aku yakin tidak mungkin akak ni mampu rolling modal. Simpanan sendiri mesti dikeluarkan.

Begitulah nasibnya. Walaupun ekonomi mula naik, namun pelanggan masih kurang. Sukar untuk ak katakakan pendapatan jualan hariannya mencecah Rm300 sehari melihatkan jumlah pelanggan.

Masa berlalu dna terus berlalu. Aku melihat kesedihan terpancar dari air muka akak ini. Pelbagai cara aku lihat dia cuba. Termasuk dengan menggunakan khidmat penghantaran makanan seperti food panda dan sebagainya. Masih sepi.

Akhirnya pertengahan Februari 2021, kedai akak ni buat comeback dengan buat collaboration bersama sebuah kedai nasi kandar terkemuka di Kelantan. Kedai nya mula nampak seri. Orang kian datang. Tapi masih boleh dikatakan tidak memuaskan.

Pertengahan March 2021, Kelantan diumumkan sekali lagi PKP . Dan bulan Ramadhan pada April 2021 disambut dengan tiada bazar ramadhan, surau dan masjid ditutup kepada orang ramai dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Akak ini mungkin jatuh tersungkur lagi. Awal ramadhan aku boleh lihat kesungguhanmya untuk menarik pelanggan. Dibuka khemah ayam bakar didepan kedai nya. Tapi tidak lama bertahan. Jari ke 4 ramadhan khemah sudah ditutup. Tiada lagi menu ayam bakar. Dan muka akak tu sumpah not in mood.

Allah..aku lihat perjalanan akak ini, murah kanlah rezeki dan keluarganya. Sungguh permulaan perniagaan ni tak mudah. Ditambah dalam musim pandemik ini. Bukan hanya kedai akak ini terjejas. Jujur aku katakan deretan rumah kedai ini dalam keadaan parah. Pendapatan mereka sangat terjejas. Kuatkanlah mereka untuk bertahan Ya Allah. 

Ekonomi negara mundur. Rakyat makin struggle untuk bertahan. Sama-sama kita membantu saudara kita yang terjejas.

Syukur terima kasih Ya Allah masih kurniakan rezeki pekerjaan ini. Berkatilah dan limpahkanlah rezeki aku Ya Allah.

Harini hari ke 21 bulan ramadhan 2021. Kuatkanlah aku untuk tunduk padaMu Ya Allah.
Semoga kita tergolong dalam golongan hamba yang Allah berikan rahmatNya.

Alhamdulillah ala kullihal.
Hidup ini adalah ujian. 
Tapi ujian tu lah yang membuatkan kita kuat kan.
Tak kan kita nak jadi orang yang lemah kan?

Saya doakan kita semua kuat untuk menempuhi dugaan ni. We can do it. 

Lot of love 🥰

No comments:

Post a Comment