assalamualaikum
sungguh masa berlalu amatlah pantas. aku pasti akan merindui saat-saat ini
banyak sangat memori yang tercipta. dan ia amat pantas meninggalkan aku.
tanpa aku sedari , hari ini sudah tanggal 24 ogos 2015. terasa baru semalam aku menghabiskan peperiksaan SPM. sedangkan, 4 tahun sudah berlalu.
aku sekarang bakal menempuhi semester 5 ijazah sarjana muda.
ada diantara rakan-rakan yang dah ada anak dua.
teramat pantas rasanya masa berlalu.
diri ini masih terasa terlalu kebudak-budakan
rupanya terlalu banyak tanggungjawab dan cabaran yang bakal dihadapi.
amanah . terlalu berat rasanya.
masih teringat -ingat, tamrin yang diadakan pada setiap tahun di zaman sekolah menengah.
perghhh tiga hari yang amat menyeksakan.
kalau keperitan askar ketika bertaruung di medan perang,
tapi bagi aku, keperitan yang sebenar adalah apabila ustazah mengumumkan tarikh tamrin
yeah.. malam2 gini rasa macam nak throwback sikit kenangan-kenangan dulu.
pasti aku bakal merindui suatu hari nanti
bermula lah cerita zaman remaja aku.
aku anak ke lima daripada enam beradik.
haha ni serious aku tak tipu.
anak bongsu perempuan. perghh bukan main gembira aku jadi anak bongsu
sekali, masa aku 6 tahun, umi disahkan mengandung. waktu tu umi bakal mencecah 4 series.
tak silap, 38 tahun kot. umm memang kalau zaman sekarang , dah biasa mengandung umur empat puluh lebih, tapi zaman-zaman aku kecil dulu, memang xdigalakkan sangat.
so, nak ceritanya .. aku dapat lah sorang adik lelaki. haha.. memang teman bergaduh. serious xtipu
sampai aku mimpi-mimpi rindu nak gaduh ngan dia. sampai aku saja buat benda dia marah nak suruh dia cari gaduh ngan aku. huwaaa =( panjang pulak mukaddimah pasal adik aku ni. umm ni maybe penangan rindu kat budak ni . even aku cuti tiga bulan, memang takde lah sempat spend time masa lama -lama ngan dia. ya. budak sekolah agama. tahfiz. dah macam asrama teramat penuh. kalau aku dah rindu dia dah boleh sampai tahap gini, xhairanlah kalau ummi n abah aku sanggup pergi asrama dia minggu2, bawak outing tepi pantai, siap pasang khemah.. semata-mata nak spend time ngan budak kecik tu. serious la penangan kau budak kecik. xcukup setiap hari sabtu outing, hari jumaat pun ummi nak pergi. time ummi kerja luar pun ummi nak singgah,. ahahha. apa la special sangat kau budak kecik. ishh ,,xpuas hati pulak aku. tak tahula kalau suatu hari kau nak sambung belajar luar negara.
haha lucu.. entah apa la special budak kecik ni. cakap je nak apa, mesti parents aku akan cuba untuk tunaikan. lagi-lagi abah. haha..takpelah, as long, you reti menghargai jasa parents you, i xkesah ya adik. tapi macam aku tak tahu, kau pun bajet je, haha tak..tak ..kau x bajet pun. kau memang pandai. pandai ambik hati. kau memag jenis yang show off jer perasaan sayang kau kat ummi n abah. xmacam aku, poyo jer. .
ok dah.habis cerita pasal budak kecik tu.. then, aku nak relate kan cerita aku zaman remaja. alhamdulillah, ummi hantar aku sekolah agama. aku xduduk asrama. sebab rumah aku dekat je. laluan hari-hari ummi n abah pergi kerja.
ummi n abah jenis yang islamik. dia yang pilih sekolah tu untuk aku. then, aku just follow the flow. tergentar juga hati apabila menerima tawaran maktab rendah sains mara . yea lah. zaman tu, terasa nak duduk asrama. berdikari. lagipun mrsm kan time tu famous. hahaha (ye ke ?? ) .
then, parents aku suruh stay. aku pun follow je la. even aku tak suka time tu coz umi selalu cakap , awak tu sekolah agama, perangai biar elok sikit. haha .. (sampai sekarang aku rasa perangai tak elok2)
aku tersangatlah tak sukakan peraturan. sebab kat rumah terasa macam dah banyak peraturan kot.
(padahal xpun, biasalah.. kau duduk nga mak ayah, kena jaga perangai..diorang dah berusia.. sensetif, kalau kau ikut kepala kau memanglah kau akan rasa macam dikongkong.. faham-faham elok , belajar , cari, apa yang mak ayah tak suka. jangan buat. DONE ! )
masa form one aku boleh cakap zaman dimana aku tak dapat terima keadaan aku. sekolah aku.
so, bila sekolah aku buat tamrin. aku rasa macam kena seksa tiga hari. perasaan aku kena dera. dorang aku boleh cakap psycho. haha. pandai akak2 senior.
benda yang wajib akan ada setiap tamrin adalah benda amanah.dia akan bagi satu barang kat kau n kau kena jaga sampai habis program.
aku jenis pandai jaga barang. mostly, hampir lima tamrin yang aku pergi, semua aku dapat jaga dengan baik.
tapi ada satu benda buat aku takleh lupa.
bila ada seorang hamba Allah cakap kat aku,
"hebat kau jaga barang amanah. even banyak FC uji untuk rosakkan benda tu, tapi kau still pandai jaga. ramai yang sanggup simpan elok-elok untuk jaga benda tu. macam-macam cara kita guna .
tapi amanah Allah , amanah paling besar, ramai manusia lupa. "
aku sentap seketika. sebab benda tu bagi aku benda biasa, pantas benar aku lupa. sehingga tamrin yang seterusnya, baru ingatan mengenai amanah kembali. then, lupa. kembali dan lupa. macam tu la sampai tamrin yang teakhir dalam hidup aku.
mendengar omelan kawan -kawan. benda sama je akak-akak senior tu buat, takde benda lain ke..
haha aku pun kadang-kadang rasa macam tu
tapi.. sekarang, kenangan itulah yang sentiasa membuatkan mata ini berkaca.
ya. aku rindu. ya aku akui. dulu aku benci tamrin. tersangat. tak mandi 3 hari. makan dalam talam. kena bangun awal. dengar ceramah. sesi brainwash yang akan menyebabkan hati ini meronta-ronta sehingga benci akan diri sendiri. kerana diri ini jahat. selalu melakukan dosa. maksiat sentiasa.
arghh rindu Ya Allah
aku tak dapat benda macam tu sekarang. sekarang semua atas option sendiri.
amanah yang dulu sangat dijaga ketika berprogram, seperti hanya ditinggalkan didalam program semata,.. dianggap kecil. remeh
tak dihiraukan. tak dijaga. padahal ia akan dipersoalkan kelak.
kini, kata-kata akak FC yang dibenci, dihina terasa menyentap diri
ya benar kini tinggal kenangan
YA ALLAH
amanah ini berat untuk hambaMu ini
kuatkan dirinya YA ALLAH.
jika benar ini yang terbaik untuk dirinya, kau kuatkan dirinya
terasa kerdil diri ini.
sekian. mohon doakan aku kuat. AMANAH yang berat bakal dipikul
x
No comments:
Post a Comment