Friday, March 16, 2012

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.


Begitulah caranya!


Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!


Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!


Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.


Begitulah caranya!


Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau mengingkari janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!


Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terjatuh ke dalam jurang,
ingatlah kepadaKu,
kerana Aku-lah jalan itu.”


—Maulana Jalaluddin Rumi—




 renungkan sejenak ! adakah kita yakin bahawa timbangan pahala kita SEKARANG lebih berat drpd dosa ???bayangkan bagaimana kalau pd timbangan kita di akhirat kelak berat timbangan dosa…… umpamanya pahala 85,dosa86….macam mana keadaan kita ??? gulp…. Berbaloikah ? mestilah menyesal tak berkesudahan ………maka,


PERBANYAKKANLAH MENUNAIKAN SOLAT-SOLAT SUNAT CTH :QOBLIYYAH & BA’DIYYAH,AWWABIN,DHUHA DAN LAIN2 SOLAT SUNAT MENGIKUT KEMAMPUAN MASING2….BERMUJAHADAHLAH !!! kita mampu mengubahnya ! hidup mesti BERIKHTIAR !!!

Disebut oleh Rasulullah S.A.W. di dalam hadithnya : “Amalan yang mula-mula dihisab daripada seorang hamba pada hari KIAMAT ialah SOLAT.maka berkata ALLAH kepada para malaikat-Nya,dan Ia Maha Mengetahui :”Telitilah pada solat hambaKu,adakah ia sempurnakannya atau KURANG.Sekiranya LENGKAP sempurna tulislah SEMPURNA,kiranya ada yang KURANG,maka berkatalah ALLAH S.W.T. : Telitilah sekiranya terdapat solat-solat SUNATNYA bagi membantu menyempurnakan solat FARDHUNYA “. [riwayat Abu Daud :hadis sahih]

tidak dinafikan bahawa seseorang akan dpt memasuki syurga dgn rahmat ALLAH sebagaimana Hadis ada menyebutnya :

sabda baginda SAW yang bermaksud: “Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

TETAPI kita WAJIB berusaha untuk mendapatkan rahmat ALLAH berdasarkan Firman ALLAH S.W.T. :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri”
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

jom bertindak !!!!!….tapi kita perlu INGAT,mesti ISTIQOQMAH(BERTERUSAN) dlm BERAMAL,berdasarkan hadith ini :
Diriwayatkan dari Aisyah ra : seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, “apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah?” Nabi Muhammad Saw bersabda,” amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit”
 




"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya
dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri 



No comments:

Post a Comment